Kelas Scan Dokumen Menggunakan Telefon Bimbit

3 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

02 Februari 2024 – Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 telah membantu komuniti scan dokumen yang diperlukan untuk menghantar borang bantuan awal persekolahan baitulmal menggunakan telefon bimbit. Staff telah menyuruh komuniti untuk memuat turun aplikasi “Cam Scanner”. Selepas itu, staff juga membantu komuniti memuat naik dokumen tersebut didalam sistem bantuan awal MAINS. Kelas pembelajaran ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali